Corporate Profile Current Project Future Project Grow Home Landbank Business Opportunities Articles Home Calculator

  Articles: Kota Seriemas kediaman dalam taman 13 Julai 2001(Berita Harian)

 

Kedudukan Kota Seriemas di kawasan segi tiga emas menjadikannya tarikan utama

Kota Seriemas memang cukup gah, indah dan sedap disebut, apatah lagi rumah pelbagai jenis yang dibina pemajunya dengan reka bentuk istimewa pasti menambat hati bakal pembeli.

Meliputi kawasan seluas 1,120 hektar, ia diwujudkan bagi setiap penghuninya menikmati gaya hidup terkini dalam kehijauan kota dan amat strategik kerana berada dalam kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, Klang dan Seremban yang kini pesat membangun.

Kedudukannya berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang itu hanya juga 10 minit untuk ke sana dan lima minit saja ke Litar Lumba Sepang yang menjadi medan pertarungan F1.

Bagi mereka yang bekerja di Putrajaya dan Cyberjaya juga tidak seharusnya melepaskan peluang untuk memiliki rumah di Kota Seriemas kerana tidak jauh.
Kota Seriemas berkonsepkan Bandar dalam taman itu dilengkapi kemudahan asas dan rekreasi dan pemilik dapat mengalami suasana taman selain trek joging, berbasikal, memancing berkhemah dan berkelah.

Kota Seriemas juga mempunyai jaringan jalan raya dengan adanya Lebuh Raya Utara-Selatan dan mereka yang mendiami di kota itu, mengambil masa kira-kira setengah jam iaitu sejauh 55 kilometer untuk ke Kuala Lumpur yang dihubungi melalui Ekspres Lingkaran Tengah (Elite).

Lokasi yang strategik serta kemudahan prasarana yang baik menjadikan Kota Seriemas pilihan terbaik untuk pelabur terutama bandar ini juga menjadi bandar IT.
Pusat Perdagangan dalam taman yang ditubuhkan dapat menawarkan suasana kerja yang selesa dan produktif dalam persekitaran taman yang sesuai untuk peniaga kecil dan sederhana.

Bangunan di sini juga direka bentuk berkonsepkan seni bina dan budaya antarabangsa dengan menggabungkan keperluan kediaman, pejabat dan riadah.
Bagi memudahkan suri rumah, kawasan perumahan ini turut menempatkan pusat beli-belah.

Pelbagai jenis Zon Kediaman Bertema juga disediakan bagi kemudahan pengunjung yang bertemakan Growhomes, Golden Homes, Lakeview Homes, Valley Homes and Ranch Homes.

Gabungan keindahan semula jadi dan teknologi terkini Kota Seriemas memaprkan nilai kehidupan yang pasti menambat hati, antaranya jalan yang dihiasi pepohon, taman rekreasi, pepohon palma berkonsepkan tropika.

Kota Seriemas dimajukan Golden Hope Development Sdn Bhd milik Golden Hope Plantation yang juga disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) membabitkan kos RM2.35 bilion bakal menyediakan 11,500 unit rumah.
Projek di tanah milik bebas ini akan dimajukan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun untuk manampung 65,000 penduduk.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai hartanah yang dimajukan itu boleh menghubungi pejabat jualan 03-3739939.


   
>> Steady income for GHope
>> GHD maju hartanah bercampur di Sungai Sedu
>> Integrated administrative centre ready in two years
>> Golden Hope to profit more than properties
>> GHope Properties jangka pajakan hartanah raih RM19.5j oleh Nor Liza Ahmad
>> GHD to undertake RM3b project in Sungai Sedu by Zety Fazilah Baharuddin
>> Golden Hope, KPJ to set up RM 17m nursing college by ZAIDI ISHAM ISMAIL
>> Developing a sense of appeal 25 October 2003 (New Straits Times)
>> Developed for healthy living and convenience 2 October 2003, (The Star)
>> Golden Hope bina kolej jururawat RM17j untuk dipajak KPJ 11 September 2003
>> Golden Hope projects RM900m gross profit 12 August 2003 ,(The Star – Starbiz Page 3)
>> Hartanah sumber hasil penting Golden Hope 27 Jun 2003,(Utusan Malaysia)
>> Kota Seriemas: Garden Living and Child-Friendly Haven June 2003 issue 3 (Roofscape)
>> Homes that grow 27 March 2002,(The Malay Mail)
>> Laman concept boosts sales 9 March 2002,(New Straits Times)
>> PNB to invest RM350mil in residential-corporate project 6 March 2002
>> Kota Seriemas kediaman dalam taman 13 Julai 2001(Berita Harian)
>> Kota Seriemas offers concept of theme houses 27 September 2000, (Business Times, New Straits Times)
>> Lamanseri concept woos buyers 6 July 2000,(New Straits Times)
>> Kota Seriemas to be a garden city 8 February 2000,(Business Times, New Straits Time)
   
Copyright © 2005 I&P Serimas Sdn Bhd Sdn Bhd. All Rights Reserved | Powered by World Communications Network