| |
KUALA
LUMPUR 26 Jun - Bidang hartanah semakin memberi sumbangan
penting kepada perolehan tahunan bagi Golden Hope Plantation
Bhd. (GHope) selain bidang perladangan yang menjadi
perniagaan terasnya.
Ketua
Eksekutif Kumpulan GHope, Datuk Wahab Maskan berkata,
pihaknya meletakkan sasaran bidang hartanah akan menyumbang
antara 20 peratus hingga 30 peratus kepada kumpulan.
Bagi tahun kewangan yang akan berakhir 30 Jun ini,
beliau berkata, GHope berharap dapat mencapai sasaran
perolehan 20 paratus daripada bidang hartanah manakala
perladangan kekal menjadi penyumbang sebanyak 50
peratus.
Katanya, pembabitan GHope dalam projek pembangunan
bahagian utama Sungai Sedu di Banting, Selangor akan
menjadi faktor penting kepada peningkatan itu.
Wahab berkata, projek Sungai Sedu meliputi kawasan
seluas 1,297.65 hektar tanah pegangan bebas, dirancang
akan menjadi sebuah pusat pentadbiran bersepadu.
Projek yang akan dilaksanakan oleb Golden Hope Development
Sdn. Bhd. (GHD), akan melibatkan tempoh pembangunan
antara 10 hingga 15 tahun dengan nilai kasar pembangunan
sebanyak RM3 bilion, kata Wahab.
Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai
memorandum perjanjian dan perjanjian jual beli (SPA)
antara GHope dengan Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan
Sdn. Bhd. (SPPK).
Menerusi perjanjian itu, GHope menjual tanah seluas
91.2 hektar bernilai RM35 juta dan SPA itu adalah
bagi fasa pertama pelepasan tanah seluas 25.63 hektar.
Wahab berkata, penjualan tanah seluas 25.63 hektar
itu akan menyumbang RM9.2 juta kepada perolehan GHD
bagi tahun kewangan berakhir 30, Jun.
Katanya Sungai Sedu merupakan kawasan pertumbuhan
tinggi kerana ia merangkumi pembangunan pusat pentadbiran
baru bagi daerah Kuala Langat dalam kawasan 60 hektar.
”Kami yakin projek pembangunan Sungai Sedu
mendapat sambutan daripada sasaran dan dijangka mempunyai
penduduk kira-kira 200,000 orang dalam tempoh 20tahun,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan SPPK, Ir. Jamaludin
Osman berkata, SPPK bercadang membina taman perumahan
yang mungkin sama konsepnya dengan projek Alam Damai
dan Kota Seri Mas di Selangor.
|
| |
|
| >> |
Steady
income for GHope |
| >> |
GHD
maju hartanah bercampur di Sungai Sedu |
| >> |
Integrated
administrative centre ready in two years |
| >> |
Golden
Hope to profit more than properties |
| >> |
GHope
Properties jangka pajakan hartanah raih RM19.5j oleh
Nor Liza Ahmad |
| >> |
GHD
to undertake RM3b project in Sungai Sedu by
Zety Fazilah Baharuddin |
| >> |
Golden
Hope, KPJ to set up RM 17m nursing college by
ZAIDI ISHAM ISMAIL |
| >> |
Developing
a sense of appeal 25
October 2003 (New Straits Times) |
| >> |
Developed
for healthy living and convenience 2
October 2003, (The Star) |
| >> |
Golden
Hope bina kolej jururawat RM17j untuk dipajak
KPJ 11
September 2003 |
| >> |
Golden
Hope projects RM900m gross profit 12
August 2003 ,(The Star – Starbiz Page
3) |
| >> |
Hartanah
sumber hasil penting Golden Hope 27
Jun 2003,(Utusan Malaysia) |
| >> |
Kota
Seriemas: Garden Living and Child-Friendly
Haven June
2003 issue 3 (Roofscape) |
| >> |
Homes
that grow 27 March
2002,(The Malay Mail) |
| >> |
Laman
concept boosts sales 9
March 2002,(New Straits Times) |
| >> |
PNB
to invest RM350mil in residential-corporate
project 6 March
2002 |
| >> |
Kota
Seriemas kediaman dalam taman 13
Julai 2001(Berita Harian) |
| >> |
Kota
Seriemas offers concept of theme houses 27
September 2000, (Business Times, New Straits
Times) |
| >> |
Lamanseri
concept woos buyers 6
July 2000,(New Straits Times) |
| >> |
Kota
Seriemas to be a garden city 8
February 2000,(Business Times, New Straits
Time) |
| |
|
|