| |
GOLDEN
Hope Properties (Johor) Sdn Bhd (GHope Properties)
menjangka meraih pulangan sehingga RM19.5 juta, menerusi
pajakan hartanahnya di Kota Seriemas, Negeri Sembilan
kepada Puteri Nursing College Sdn Bhd (PNC) untuk tempoh
15 tahun.
GHope
Properties, anak syarikat milik penuh Golden Hope Plantations
Bhd (GHope) akan bertanggungjawab mereka, membangun dan
memajak kolej serta kediaman jururawat kepada PNC di kawasan
seluas dua hektar.
Ketua
Eksekutif GHope, Datuk Abdul Wahab Maskan, berkata pembangunan
projek bernilai kira-kira RM17 juta itu akan dimulakan
tidak lama lagi dan dijangka siap dalam tempoh 30 bulan
akan datang.
“Perjanjian
pajakan dengan PNC dijangka memberi pulangan tahunan antara
RM1.2 juta hingga RM1.3 juta kepada GHope Properties,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas majlis memterai perjanjian antara
GHope Properties dengan PNC, anak syarikat KPJ Healthcare
Bhd (KPJ Healthcare) di PNB Darby Park, di Kuala Lumpur
, semalam.
Pada
majlis itu, GHope Properties diwakili Abdul Wahab, manakala
PNC oleh Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datin Paduka Siti
Sa'diah Sheikh Bakir.
Hadir
sama ialah Pengerusi GHope, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
dan Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Muhammad Ali Hashim
yang menyaksikan majlis memeterai perjanjian itu.
Kota
Seriemas adalah projek hartanah bercampur yang dibangunkan
di kawasan seluas 1,120 hektar di kawasan pertumbuhan Koridor
Selatan Lembah Klang.
Sementara
itu, Muhammad Ali berkata, kemudahan baru PNC di Kota Seriemas,
dijangka berupaya menampung 1,200 pelajar pada satu masa,
sepanjang lima tahun hingga 10 tahun akan datang.
Katanya,
sejak mula ditubuhkan pada 1991 dengan menawarkan kursus
kepada 30 pelajar, PNC kini sudah melahirkan 630 jururawat
bertauliah berkelulusan diploma.
Beliau
berkata, seramai 527 pelajar sedang mengikuti kursus jururawat
di kampus PNC di Petaling Jaya, Selangor.
KPJ
Healthcare yang mengendalikan 11 hospital, kini giat mengukuhkan
kedudukannya dalam bidang perkhidmatan perubatan dan kesihatan
dengan membuka dua lagi cawangan baru di Kuching, Sarawak
dan Seremban, di Negeri Sembilan.
“Cawangan
di Kuching akan mula beroperasi akhir tahun ini, manakala
di Seremban awal tahun depan,” katanya.
Ketika
ini, KPJ memiliki Hospital Paka Johor, Hospital Pakar Puteri
dan Hospital Pakar Penawar di Johor; Hospital Ampang Puteri
dan Hospital Pakar Damansara, Selangor serta Hospital Pakar
Ipoh, Perak.
Hospital
lain ialah Hospitar Pakar Kuantan, Pahang; Hospital Pakar
Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Pusat Pakar Tawakal Kuala
Lumpur dan Pusat Perubatan Kedah serta Hospital Pakar Kota
Bharu, Kelantan.
|
| |
|
| >> |
Steady
income for GHope |
| >> |
GHD
maju hartanah bercampur di Sungai Sedu |
| >> |
Integrated
administrative centre ready in two years |
| >> |
Golden
Hope to profit more than properties |
| >> |
GHope
Properties jangka pajakan hartanah raih RM19.5j oleh
Nor Liza Ahmad |
| >> |
GHD
to undertake RM3b project in Sungai Sedu by
Zety Fazilah Baharuddin |
| >> |
Golden
Hope, KPJ to set up RM 17m nursing college by
ZAIDI ISHAM ISMAIL |
| >> |
Developing
a sense of appeal 25
October 2003 (New Straits Times) |
| >> |
Developed
for healthy living and convenience 2
October 2003, (The Star) |
| >> |
Golden
Hope bina kolej jururawat RM17j untuk dipajak
KPJ 11
September 2003 |
| >> |
Golden
Hope projects RM900m gross profit 12
August 2003 ,(The Star – Starbiz Page
3) |
| >> |
Hartanah
sumber hasil penting Golden Hope 27
Jun 2003,(Utusan Malaysia) |
| >> |
Kota
Seriemas: Garden Living and Child-Friendly
Haven June
2003 issue 3 (Roofscape) |
| >> |
Homes
that grow 27
March 2002,(The Malay Mail) |
| >> |
Laman
concept boosts sales 9
March 2002,(New
Straits Times) |
| >> |
PNB
to invest RM350mil in residential-corporate
project 6
March 2002 |
| >> |
Kota
Seriemas kediaman dalam taman 13
Julai 2001(Berita Harian) |
| >> |
Kota
Seriemas offers concept of theme houses 27
September 2000, (Business Times, New Straits
Times) |
| >> |
Lamanseri
concept woos buyers 6
July 2000,(New Straits Times) |
| >> |
Kota
Seriemas to be a garden city 8
February 2000,(Business Times, New Straits
Time) |
| |
|
|