| |
Golden
Hope Development Sdn Bhd (GHD), anak syarikat Golden
Hope Plantations Bhd (G Hope), akan membangunkan
projek hartanah bercompur di Sungai Sedu, Kuala Langat,
Selangor yang mampu menjana jualan RM3 billion dalam
tempoh 15 tahun.
Ketua Eksekutif Kumpulan G Hope, Datuk
Abdul Wahab Maskan, berkata kerja tanah projek itu
sudah dimulakan, tetapi syarikat belum membuat keputusan
mengenai aspek pembangunan sebenar di tapak pegangan
bebas seluas 1,160 hektar itu.
Bercakap kepada pemberita di Kuala
Lumpur , semalam, beliau berkata, selain membangunkan
sendiri projek itu, GHD akan menjadi perancang utama
projek itu dengan membuka peluang kepada pemaju lain
yang berminat untuk turut serta.
Beliau ditemui selepas memeterai Memorandum
Persefahaman (MoU) bagi pihak GHD dengan Syarikat Perumahan
Pegawai Kerajaan Sdn Bhd (SPPK), yang diwakili Pengarah
Urusannya, Jamaludin Osman.
Menerusi perjanjian itu, SPPK membeli
91.27 hektar tanah yang bernilai kira-kira RM40 juta
daripada GHD. Tanah itu akan dibangunkan SPPK selaras
projek yang dibangunkan GHD.
Abdul Wahab menyifatkan projek Sungai
Sedu sebagai “Bandar
Pentadbiran dan Institusi' yang dirancang menempatkan
200,000 penduduk dalam tempoh 20 tahun.
Ia akan dilengkapi
kemudahan utama, tetapi masih mengekalkan konsep kedamaian
serta menggunakan unsur taman.
Projek
yang dibangunkan di lokasi itu termasuk kediaman pelbagai
jenis, komersial, kemudahan awam dan kawasan rekraasi
berkonsepkan botani.
Katanya, antara yang akan
dibina termasuk rumah mengadap tasik, rumah tepi Sungai,
rumah dusun dan rumah taman yang berkepadatan rendah
iaitu lima unit bagi setiap 0.4 hektar.
Pembangunan komersial pula membabitkan pasar
raya borong, kompleks beli-belah, kedai runcit, hotel
apartmen perkhidmatan, pusat perubatan dan kolej.
“Projek yang akan kami bangunkan mempunyai konsep
bercirikan ‘kehidupan taman' dan penuh kehijauhan,”katanya.
Beliau
yakin, projek Sungai Sedu akan menjadi projek utama
di kawasan sekitar Banting- Kuala Langat, Berdasarkan
perancangan dan kemudahan yang disediakan.
Katanya,
jika semua berjalan lancer, projek itu boleh dimasuki
menerusi lebuh raya Kuala Lumpur-Banting yang kini
dalam pembinaan dan dijadual siap enam bulan lagi.
|
| |
|
| >> |
Steady
income for GHope |
| >> |
GHD
maju hartanah bercampur di Sungai Sedu |
| >> |
Integrated
administrative centre ready in two years |
| >> |
Golden
Hope to profit more than properties |
| >> |
GHope
Properties jangka pajakan hartanah raih RM19.5j oleh
Nor Liza Ahmad |
| >> |
GHD
to undertake RM3b project in Sungai Sedu by
Zety Fazilah Baharuddin |
| >> |
Golden
Hope, KPJ to set up RM 17m nursing college by
ZAIDI ISHAM ISMAIL |
| >> |
Developing
a sense of appeal 25
October 2003 (New Straits Times) |
| >> |
Developed
for healthy living and convenience 2
October 2003, (The Star) |
| >> |
Golden
Hope bina kolej jururawat RM17j untuk dipajak
KPJ 11
September 2003 |
| >> |
Golden
Hope projects RM900m gross profit 12
August 2003 ,(The Star – Starbiz Page
3) |
| >> |
Hartanah
sumber hasil penting Golden Hope 27
Jun 2003,(Utusan Malaysia) |
| >> |
Kota
Seriemas: Garden Living and Child-Friendly
Haven June
2003 issue 3 (Roofscape) |
| >> |
Homes
that grow 27 March
2002,(The Malay Mail) |
| >> |
Laman
concept boosts sales 9
March 2002,(New Straits Times) |
| >> |
PNB
to invest RM350mil in residential-corporate
project 6 March
2002 |
| >> |
Kota
Seriemas kediaman dalam taman 13
Julai 2001(Berita Harian) |
| >> |
Kota
Seriemas offers concept of theme houses 27
September 2000, (Business Times, New Straits
Times) |
| >> |
Lamanseri
concept woos buyers 6
July 2000,(New Straits Times) |
| >> |
Kota
Seriemas to be a garden city 8
February 2000,(Business Times, New Straits
Time) |
| |
|
|