Corporate Profile Current Project Future Project Grow Home Landbank Business Opportunities Articles Home Calculator

  Articles: Golden Hope bina kolej jururawat RM17j untuk dipajak KPJ 11 Sept 2003

 

KUALA LUMPUR 11 Sept - Golden Hope Properties (Johor ) Sdn. Bhd. (GHP Johor), anak syarikat Golden Hope Plantations Bhd. (GHP) akan membina sebuah kolej jururawat berharga RM17 juta untuk dipajakkan kepada Puteri Nur­sing College Sdn. Bhd. (PNC), anak syarikat KPJ Healthcare Bhd. (KPJ).

Ketua Pegawai Eksekutif GHP, Datuk Abdul Wahab Maskan berkata, kolej itu dibina di atas tapak seluas dua hektar di Kota Seriemas, Nilai, projek hartanah milik kumpulan syarikat itu.

Katanya, kolej baru itu akan menjadi pemangkin kepada jualan Kota Seriemas, sebuah projek pembangunan bersepadu selama 20 tahun dengan nilai kasar RM2.3 bilion.

"Kolej ini akan mula dibina sebulan lagi dan dijadualkan siap dalam tempoh 30 tahun seterusnya disewakan kepada KPJ pada kadar RM1.2 juta hingga RM1.3 juta setahun selama 15 tahun dan boleh dirundingkan untuk dilanjutkan selepas itu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian penyewaan tersebut di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi GHP, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi KPJ, Tan Sri Muham­mad Ali Hashim, Pengarah Urusan KPJ, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir, Pengerusi PNC, Jasimah Haasan.

Sementara itu, Muham­mad Ali ketika mengulas perjanjian itu berkata, pihaknya memilih untuk menyewa bangunan itu berbanding membeli supaya dapat mengekalkan sumber kewangan KPJ.

"Ini adalah keadaan menang-menang yang memenuhi kehendak kedua-dua pihak," katanya.

Katanya, KPJ memerlukan sumber kewangan yang besar khususnya untuk membeli pelbagai jenis kelengkapan di hospital-hospital kendaliannya.

Muhammad Ali menambah, kolej baru itu akan berupaya menampung maksimum 400 pelatih setahun bagi setiap pengambilan bermakna ia akan mempunyai 1,200 pelatih pada satu masa bagi kursus tiga tahun.

Katanya, ia merupakan keupayaan berganda berbanding kolej KPJ sedia ada di Petaling Jaya.

"Kolej ini akan membantu merapatkan nisbah jururawat dengan jumlah penduduk yang ketika ini berada pada tahap seorang jururawat kepada 750 penduduk," katanya.


 

   
>> Steady income for GHope
>> GHD maju hartanah bercampur di Sungai Sedu
>> Integrated administrative centre ready in two years
>> Golden Hope to profit more than properties
>> GHope Properties jangka pajakan hartanah raih RM19.5j oleh Nor Liza Ahmad
>> GHD to undertake RM3b project in Sungai Sedu by Zety Fazilah Baharuddin
>> Golden Hope, KPJ to set up RM 17m nursing college by ZAIDI ISHAM ISMAIL
>> Developing a sense of appeal 25 October 2003 (New Straits Times)
>> Developed for healthy living and convenience 2 October 2003, (The Star)
>> Golden Hope bina kolej jururawat RM17j untuk dipajak KPJ 11 September 2003
>> Golden Hope projects RM900m gross profit 12 August 2003 ,(The Star – Starbiz Page 3)
>> Hartanah sumber hasil penting Golden Hope 27 Jun 2003,(Utusan Malaysia)
>> Kota Seriemas: Garden Living and Child-Friendly Haven June 2003 issue 3 (Roofscape)
>> Homes that grow 27 March 2002,(The Malay Mail)
>> Laman concept boosts sales 9 March 2002,(New Straits Times)
>> PNB to invest RM350mil in residential-corporate project 6 March 2002
>> Kota Seriemas kediaman dalam taman 13 Julai 2001(Berita Harian)
>> Kota Seriemas offers concept of theme houses 27 September 2000, (Business Times, New Straits Times)
>> Lamanseri concept woos buyers 6 July 2000,(New Straits Times)
>> Kota Seriemas to be a garden city 8 February 2000,(Business Times, New Straits Time)
   
Copyright © 2005 I&P Serimas Sdn Bhd Sdn Bhd. All Rights Reserved | Powered by World Communications Network